Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

121  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0369.
Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:"Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendiri-sendiri dua puluh lima kali lipat. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat Fajar. Kemudian Abu Hurairah berkata, "Jika kamu suka, bacalah ayat Quran, sesungguhnya bacaan waktu Fajar disaksikan oleh para malaikat."

122  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0325.
Dari Anas r.a., katanya: "Solat 'Isya telah diqamatkan. Tiba-tiba seorang lelaki berkata kepada Nabi saw., "Ya,Rasulullah! Aku mempunyai suatu kepentingan untuk bicara dengan anda." Rasulullah saw. berdiri, lalu berbicara lama sekali dengan orang itu, sehingga beberapa jemaah tertidur menunggunya. Setelah beberapa lama barulah mereka solat."

123  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2173.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Ketika matahari telah tergelincir, Rasulullah saw. pergi mengimami solat Zohor. Setelah selesai solat, beliau naik ke mimbar lalu mengingatkan jemaah perihal hari kiamat dan mengingatkan pula bahawa sebelumnya akan terjadi beberapa peristiwa besar. Kemudian beliau bersabda: "Siapa yang ingin bertanya kepada ku mengenai sesuatu, tanyakanlah. Demi Allah, jika ada pertanyaan yang tuan-tuan tanyakan kepada ku, nescaya akan ku jawab selama aku masih berdiri di tempatku ini." Kata Anas bin Malik, "Maka banyaklah orang menangis mendengar ucapan Rasulullah saw. tersebut. Kemudian beliau mengulang-ulang ucapannya itu, "Bertanyalah kepadaku!" Maka berdirilah Abdullah bin Hudzafah lalu dia bertanya: "Siapa bapaku, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Bapamu Hudzafah!" Maka tatkala Rasulullah saw. mengulang ucapannya, "Bertanyalah kepadaku!" Umar menyela. Katanya: "Kami rela Allah menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami, dan Muhammad menjadi Rasulullah." Kata Anas, "Setelah Umar mengucapkan kata-katanya itu, Nabi saw. diam seketika, kemudian beliau bersabda: "Perhatikanlah! Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sebentar ini diperlihatkan Allah kepada ku syurga dan neraka, tepat di sisi dinding ini. Suatu pemandangan yang belum pernah ku lihat seperti hari ini mengenai kebaikan dan kejahatan." Kata Ibnu Syihab, "Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah mengatakan, bahawa Ummu 'Abdullah bin Hudzafah berkata kepada anaknya, Abdullah bin Hudzafah, "Aku tidak pernah mendengar seorang jua pun anak yang lebih sial daripadamu. Percayakah engkau bahawa ibumu telah melacur seperti halnya wanita-wanita jahiliyah, lalu aibnya terbuka di kalangan orang ramai?" Kata Abdullah bin Hudzafah, "Demi Allah, seandainya aku dibangsakan kepada budak hitam sekalipun, maulah aku rasanya."

124  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0624.
Dari Ubay bin Ka'ab r.a., katanya: "Ada seorang lelaki, yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan solat berjemaah. Kata orang kepadanya,"Alangkah baiknya anda beli seekor keldai untuk tunggangan anda, di malam gelap atau di panas terik." Jawabnya, "Aku tidak suka tinggal dekat masjid, kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku." Sabda Rasulullah saw., "Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi anda."

125  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0363.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "solat telah diqamatkan dan jemaah telah meluruskan shaf mereka. Maka datanglah Rasulullah saw., dan beliau langsung ke muka, sedangkan beliau junub. Beliau bersabda, "Tetaplah di tempatmu masing-masing!" Lalu Rasulullah pergi mandi. Setelah beliau datang kembali, air masih menitik-nitik dari kepala beliau. Nabi saw. solat bersama-sama dengan mereka."

126  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0583.
'Abdnllah bin Mu'awiyah Al-Jumakhi Al-Bashri menceritakan kepada kami, 'Abdul 'Aziz bin Muslim memberitahukan kepada kami, Abu Dhilal memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Anas dimana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa solat Subuh dengan berjemaah kemudian duduk, zikir kepada Allah sampai matahari terbit kemudian ia solat dua rakaat maka ia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah". la berkata lagi: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sempurna, sempuma, sempurna". Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Saya bertanya kepada Muhammad bin Ismail tentang Abu Dhilal, ia menjawab: "la adalah orang yang sangat memahami hadis itu"; Muhammad juga berkata: "Namanya adalah Hilal."

127  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0641.
Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Rasulullah saw. berpidato di hadapan kami. Antara lain beliau bersabda: Kamu akan berjalan sejak petang dan sepanjang malam. Insya Allah baru akan bertemu air esok." Pasukan terus berjalan tanpa menoleh satu sama lain. Kata AbU Qatadah, "Ketika hari sudah larut malam, aku berada di samping beliau - Rasulullah saw. mengantuk, sehingga duduknya di atas kenderaan jadi miring. Aku mendekati beliau, dan menopang beliau tanpa membangunkannya, sehingga duduk beliau di atas kenderaan lurus kembali. Kemudian beliau miring pula kembali, lalu ku luruskan pula. Demikianlah ku lakukan sepanjang jalan pada malam itu, sehingga akhirnya ketika waktu sahur tiba, beliau sangat miring dari sebelumnya dan hampir jatuh. Aku mendekati beliau dan menopangnya. Beliau terbangun dan mengangkat kepalanya seraya berkata, "Siapa ini!" Jawab ku, "Abu Qatadah!" Tanya beliau, "Sejak bila engkau berjalan seperti ini di sampingku?" Jawab ku, "Sudah sejak sepanjang malam." Kata beliau, "Semoga Allah selalu menjagamu kerana kamu telah menjaga Nabi-Nya. Apakah kita telah ketinggalan? Masih adakah orang sekitar kita?" Jawab ku, "Ini ada beberapa orang pengendara." Ternyata kami semua ada tujuh orang. Tiba-tiba Rasulullah saw. menyimpang dari jalan, lalu merebahkan diri seraya bersabda: "Jaga waktu solat!" Yang mula-mula terbangun ialah Rasulullah saw., iaitu ketika sinar matahari telah mengenai punggungnya. Kami pun bangun dengan terkejut. Beliau bersabda, "Mari berangkat!" Kami berangkat dan terus berjalan. Ketika matahari telah agak meninggi, beliau berhenti dan meminta air yang ku bawa untuk berwuduk. Beliau berwuduk tidak seperti biasanya, tetapi agak ringan, namun melengkapi semua anggota wuduk. Setelah beliau berwuduk, air masih bersisa di timba sedikit. Sabda beliau, "Simpan air ini baik-baik, nanti akan ada gunanya bagi kita." Kemudian Bilal azan. Sesudah itu Rasulullah saw. solat dua rakaat (sunat fajar), kemudian solat Subuh, seperti yang biasa dilakukan beliau setiap hari. Kata Abu Qatadah, "Sesudah solat, Rasulullah saw. mengenderai kenderaannya. Kami meneruskan perjalanan sambil berbisik-bisik satu sama lain, apakah kiranya tebusan perbuatan kita kerana kita telah mensia-siakan solat?" Sabda Rasulullah saw. "Bukankah peristiwa itu suatu contoh bagimu? Ketahuilah, bahawa kerana ketiduran tidak bererti mensia-siakan solat. Yang termasuk mensia-siakan solat ialah orang yang tidak solat sehingga datang waktu solat yang berikutnya. Sedangkan orang yang ketiduran, hendaklah dia solat bila dia terbangun. Selanjutnya, hendaklah dia solat tepat pada waktunya." Kemudian beliau bertanya, "Bagaimana pendapat anda tentang orang-orang yang telah dahulu dari kita? Mereka berjalan lebih dahulu tanpa Nabi mereka. Abu Bakar dan 'Umar menduga bahawa kita berada di belakang mereka. Tetapi yang lain-lain berkata, beliau telah dahulu- Kalaulah mereka mengikuti Abu Bakar dan 'Umar, tentulah mereka benar. Kata Abu Qatadah, "Kami dapat menyusul mereka ketika hari telah tinggi dan panas telah terik." Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Celaka kami-kami kehausan!" Jawab Rasulullah saw., "Tidak! Kalian tidak akan celaka." Kemudian beliau meminta gelas dan bejana wuduknya yang berisi sisa air wuduk beliau tadi, lalu beliau tuang ke dalam gelas. Sedangkan Abu Qatadah membagi-bagikannya kepada mereka. Kerana air yang tersedia dalam bejana hanya sedikit, mereka berebut-rebutan. Maka bersabda Rasulullah saw., "Jangan berebut! Setiap kamu akan dapat minum sepuas-puasnya." Mereka patuh akan perintah Nabi saw. tersebut. Beliau terus menuangkan air ke gelas sedangkan aku membagi-bagikannya kepada mereka, sehingga akhirnya tidak ada lagi yang ketinggalan selain aku dan Rasulullah saw. Rasulullah saw. menuangkannya pula dan berkata kepada ku, "Sekarang giliran kamu yang minum." Jawab ku, "Aku tidak akan minum sebelum Rasulullah saw. minum." Sabda beliau. "Si pemberi minum orang banyak harusnya minum penghabisan kali." Kerana itu aku minum lebih dahulu dan sesudah itu barulah Rasulullah saw. Dengan sisa air wuduk yang sedikit itu, seluruh pasukan jadi segar dan puas."

128  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0889.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Sa'id memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Isma'il Ibnu Abi Khalid dari Abu Ishaq dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Umar dari Nabi s.a.w. dengan hadis seperti tersebut di atas. Muhammad bin Basysyar berkata: "Yahya berkata: "Yang benar adalah hadis Sufyan." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Ali, Abu Ayyub, 'Abdullah bin Mas'ud, Jabir dan Usamah bin Zaid. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ibnu 'Umar dengan riwayat Sufyan itu lebih sahih dari riwayat Isma'il bin Abu Khalid. Hadis Sufyan itu adalah hadis hasan sahih. Abu 'Isa berkata: "Isma'il meriwayatkan hadis ini dari Abu Ishaq dari 'Abdullah dan Khalid yang keduanya adalah putera Malik dari Ibnu 'Umar. Hadis Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Umar itu adalah hasan sahih. Demikian pula, hadis itu diriwayatkan oleh Salamah bin Kuhail dari Sa'id bin Jubair. Sedangkan Abu Ishaq meriwayatkan hadis itu dari 'Abdullah dan Khalid yang keduanya adalah putera Malik dari Ibnu 'Umar. Pengamalan terhadap kandungan hadis ini disepakati oleh para ulama' iaitu bahawasanya seseorang itu tidak mengerjakan solat Maghrib tanpa jamak. Apabila ia mengerjakan solat jamak sedangkan ia berada di Muzdalifah maka hendaknya ia mengerjakan dua solat dengan satu iqamah dan ia tidak mengerjakan solat sunat di antara dua solat itu. Demikianlah pendapat yang dipilih oleh sebahagian ulama' dan mereka mendukung pendapat itu. Itulah pendapat Sufyan Ats-Tsauri. Namun Sufyan juga berkata: "Apabila seseorang mahu maka ia boleh mengerjakan solat Maghrib kemudian makan malam dan membuka pakaian, kemudian bangkit lantas mengerjakan solat Isya'." Sebahagian ulama' yang lain berkata: "Seseorang mengerjakan solat jamak Maghrib dan Isyak di Muzdalifah dengan satu azan dan dua iqamah. Ia azan untuk solat Maghrib dan iqamah dan mengerjakan solat Maghrib; kemudian ia iqamah dan mengerjakan solat Isyak. Demikianlah pendapat Asy-Syafi'i.

129  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0702.
Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., tentang solat sunat rawatib yang pernah dikerjakan Rasulullah saw. Katanya, "Beliau solat di rumahku empat rakaat sebelum Zohor, kemudian beliau pergi ke masjid mengimami solat orang ramai. Sesudah itu beliau pulang, lalu solat pula di rumahku dua rakaat. Kemudian beliau pergi mengimami solat , Maghrib orang ramai, sesudah itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua rakaat. Kemudian beliau pergi mengimami solat Isyak. Sesudah itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua rakaat. Dan biasanya beliau sentiasa solat tengah malam sembilan rakaat, termasuk di dalamnya sunat witir. Kadang-kadang beliau solat sepanjang malam dengan berdiri dan kadang-kadang duduk. Apabila beliau membaca sambil berdiri, maka dia rukuk dan sujud sambil berdiri pula. Apabila beliau membaca sambil duduk, maka dia rukuk dan sujud sambil duduk pula. Dan kalau fajar sudah terbit, beliau solat pula dua rakaat (sunat fajar)."

130  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0546.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Husyaim memberitahukan kepada kami, Yahya bin Abi Ishaq Al Hadlrami memberitahukan kepada kami. Anas bin Malik memberitahukan kepada kami dimana dia berkata: "Kami bepergian bersama-sama dengan Nabi s.a.w. dari Madinah ke Mekah, maka beliau mengerjakan solat dua rakaat". la berkata: "Saya bertanya kepada Anas: "Berapa lama Rasulullah s.a.w. berada di Mekah?" la menjawab: "Sepuluh hari." Masalah yang sama juga diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas dan Jabir. Abu 'Is berkata: "hadis Anas ini adalah hadis hasan sahih". Diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas dari Nabi s.a.w. bahawa dalam salah satu perjalanannya. beliau menetap selama 19 hari dimana beliau mengerjakan solat dua rakaat. Ibnu 'Abbas berkata: "Sewaktu kami berada dalam bepergian, sejak kedatangan sampai hari yang ke-19, kami mengerjakan solat dua rakaat. Dan apabila lebih dari 19 hari, maka Diriwayatkan dari 'Ali bahawasanya dia berkata: "Barangsiapa yang menetap sepuluh hari maka ia menyempumakan solat." Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar bahawasanya dia berkata: "Barangsiapa yang menetap 15 hari maka ia menyempumakan solat. Dan diriwayatkan pula dari Ibnu 'Umar, dua puluh hari". Diriwayatkan dari Sa'id bin Al-Musayyab bahawasanya ia berkata: "Apabila ia menetap empat hari maka ia mengerjakan solat empat rakaat". Yang demikian itu, diriwayatkan pula oleh Qatadah dan 'Atha' Al-Khurasani dari Sa'id Al-Musayyib; sedangkan Daud bin Abi Hind meriwayatkan dari Sa'id Al-Musayyib dengan maksud yang berbeza. Para ulama' setelah itu berbeza pendapat tentang masalah ini. Sufyan Ats-Tsauri dan ulama' Kufah berpegang pada pendapat yang memberi batas waktu 15 hari, dimana mereka berkata: "Apabila seseorang telah menetap selama 15 hari maka ia menyempurnakan solatnya." Al-Auza'i berkata: "Apabila seseorang telah menetap 20 hari maka ia menyempurnakan solatnya." Malik, Asy-Syafi'i dan Ahmad berkata: "Apabila seseorang telah menetap selama empat hari maka ia menyempurnakan solatnya." Sedangkan Ishaq berpendapat bahawa madzhab yang paling kuat adalah madzhab yang berlandaskan pada hadis Ibnu 'Abbas dimana ia berkata: "... kerana diriwayatkan dari Nabi s.a.w., kemudian ia menginterpretasikannya setelah Nabi s.a.w. dimana apabila seseorang telah menetap selama 15 hari maka ia menyempurnakan solatnya." Kemudian para ulama' bersepakat tentang bolehnya mengqashar solat bagi orang yang bepergian apabila ia tidak menetap untuk selama-lamanya, meskipun ia bertahun-tahun dalam bepergiannya itu.